
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan
bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan
sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk
dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai
Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan
matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut
kepada-Mu."
Akhirnya
Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka
dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada
Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin
Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah,
diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka
jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat
menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan
menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu
lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada
lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan
kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau
kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik
sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka
dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa
suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun
perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau
ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan
keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad
S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai
api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli
sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang
berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu
Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api
itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah
air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya
kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu
dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Post a Comment
Silahkan berkomentar..:)