Tips Menghilangkan Perasaan Malas

|| || || Leave a comments


Masalah malas ini adalah masalah dalam diri sendiri. Tiada orang lain yang boleh menolong kecuali diri sendiri. Cuba fikirkan kembali punca kita malas?


Adakah kita malas belajar, malas mandi atau malas semuanya. Kita perlu berjumpa doktor, adakah sikap ini ada kaitannya dengan faktor kesihatan ataupun kemurungan. Kemungkinan juga kita tengah dilamun cinta tanpa balasan.


Setiap manusia yang hidup di dunia ini perlu ada perubahan atau transformasi.Kita juga perlu berubah daripada bersikap malas kepada rajin. Cermin diri dan masa depan adakah kita tidak mahu berubah dan berbuat apa-apa pada diri sendiri.


Orang yang tidak mahu berubah ibarat orang yang sudah mati yang tidak boleh berbuat apa-apa. Oleh itu, saya nasihatkan supaya;


  • Tarik nafas
  • Fikir masa depan yang indah-indah
  • Berfikir positif
  • Sayangi diri sendiri
  • Fikir orang yang kita sayang
  • Lihat orang yang lain yang sudah berjaya
  • Sayangi ibu bapa
  • Lihat kawan-kawan yang berjaya
  • Muhasabah diri
  • Bersyukur kerana dilahirkan
  • Bangkitkan motivasi diri
  • Berdoa
  • Buangkan sikap negatif dan malas
  • Jumpa orang yang dipercayai atau kaunselor untuk berbincang.
Akhir sekali, jangan biarkan diri kita kemurungan dan rasa rendah diri sehinggakan dunia ini tiada gunanya. Tentu ada rahmatnya kita diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Hadapi kehidupan ini dengan penuh syukur dan buat apa yang disuruh secara rutin tanpa banyak persoalan demi kesempatan hidup yang diberi oleh Tuhan di muka bumi ini.